Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Belum ada pihak tuntut jenazah Saiful Asyraf Mukhtar

Belum ada pihak tuntut jenazah Saiful Asyraf Mukhtar

Allahyarham Saiful Asyraf Mukhtar, 21. - NSTP/AHMAD ISMAIK
Allahyarham Saiful Asyraf Mukhtar, 21. - NSTP/AHMAD ISMAIK

SEGAMAT: Jenazah guru pelatih yang maut terkena renjatan ketika membantu melakukan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pogoh, di sini semalam, dijangka dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung halamannya di Sabah.

Setakat petang ini, belum ada pihak menuntut jenazah Saiful Asyraf Mukhtar, 21, guru pelatih dari Institiut Pendidikan Guru (IPG) Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur, yang kini ditempatkan di Jabatan Forensik, Hospital Daerah Segamat (HDS).

"Jenazah masih berada di Jabatan Forensik HDS, belum dituntut kerana waris bercadang membawanya pulang untuk dikebumikan di Membakut, Penampang. Proses membabitkan urusan penerbangan untuk membawa jenazah biasanya mengambil masa," kata sumber, hari ini.

Difahamkan, ketika ini, waris serta ahli keluarga Allahyarham sedang menguruskan beberapa perkara berkaitan dokumen sebelum menuntut jenazah.

Malam tadi, BH Online melaporkan Saiful Asraf maut terkena renjatan elektrik kira-kira jam 9.50 pagi, ketika dikatakan berada di luar makmal komputer SK Pogoh bagi membantu kerja-kerja membersihkan kerusi dan meja akibat banjir.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah dilaporkan berkata, mangsa ke sekolah itu bersama sekumpulan rakan guru pelatih dari IPG berkenaan bagi membantu kerja pembersihan pasca bah.

"Sebelum kejadian, mangsa sedang menggunakan alat penyembur air atau 'water jet' membersihkan kerusi dan meja pelajar. Tiba-tiba berlaku renjatan dan mangsa yang berdiri kemudiannya rebah," katanya.

Ahmad Zamry berkata, beberapa rakan mangsa yang berada berhampiran sempat memberikan bantuan pernafasan (CPR).

"Saiful Asraf turut mengalami cedera di bahagian kepala dan terus dikejarkan ke HDS menaiki ambulans untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

Difahamkan, ini kali kedua guru pelatih berasal dari Sabah itu membantu misi pasca banjir di Segamat.

Posting Komentar untuk "Belum ada pihak tuntut jenazah Saiful Asyraf Mukhtar"