Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Kamal Adli Sedar Tapi Masih Mamai, Uqasha Senrose Cakap Fasal Akhir Zaman


Kamal Adli Sedar Tapi Masih Mamai, Uqasha Senrose Cakap Fasal Akhir Zaman
Isteri kepada pelakon Kamal Adli memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi selepas suaminya, Kamal Adli yang ditidurkan untuk menjalani pembedahan kerana kecederaan pada bahagian kepala sudah sedarkan diri.

Uqasha memaklumkan perkembangan terkini Adli menerusi perkongsian dalam Instagram Storynya beberapa jam lalu. Dia juga meminta agar khalayak terus mendoakan keselamatan mereka suami isteri.

“Alhamdulillah Kamal sudah sedar dan masih mamai. Saya semua doakan keselamatan kami dan kepada semua juga,” tulisnya dalam perkembangan terbaharu itu.

Aktres yang kini masih berada di Singapura itu juga dilihat menulis sepotong ayat menyentuh tentang akhir zaman. Namun Uqasha tidak memperincikan tentang maksud di sebalik perkataan akhir zaman yang dituliskannya.

“Akhir zaman…” tulisnya.

Dia kemudian mengakhiri kenyatan dengan mengatakan menyerahkan insiden tidak terduga itu kepada pihak berkuasa.

“Yang lain Uqasha dan Kamal serahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu peminat digemparkan dengan berita Kamal telah dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenali dengan menggunakan katu cota sewaktu menghadiri sebuah acara yang diadakan di Republik tersebut.

Posting Komentar untuk "Kamal Adli Sedar Tapi Masih Mamai, Uqasha Senrose Cakap Fasal Akhir Zaman"