Menitik Airmata bila Prtudvhan dibaca, Sebelum melangkah keluar Ini permintaan Terakhirnya Lans K0peraI

Anggota poIis berpangkat Lans yang didakwa menemb4k isterinya, Safsufarnisya Salleh, 27 dengan lebih dari lima tembakan meminta agar dibawa ke pusara allahyarham.

Permintaan itu dibuat sewaktu dibawa keluar dari kandang pesalah Mahkamah Majistret pagi tadi.“Saya nak cakap satu sahaja, saya nak lawat kubur bini (isteri) saya.” ujarnya. Tenang ketika pertuduhan dibacakan.

Memetik laporan dari Berita Harian, tertuduh, Mohamad Nizarman Hassim, 27 yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya di dalam sebuah rumah di Simpang Empatpada 5 Mac lalu hanya menjawab faham sewaktu pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Tertuduh yang memakai baju kemeja T berwarna merah dan seluar hitam kelihatan tenang apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya. Bakal dihantar ke hospital psikiatri.

Difahamkan, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh berdepan hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dia juga tidak diwakili peguam dan pendakwaan tersebut dilaksanakan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail.

Walau bagaimanapun, Nordin memohon mahkamah untuk mempertimbangkan agar tertuduh dihantar ke sebuah hospital psikiatri untuk penilaian mental selama sebulan.

Ana Rozana kemudian membenarkan permohonan Mohd Nordin dan mahkamah kemudian menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan penilaian psikiatri tertuduh diperoleh.

Terdahulu, Mohamad Nizarman Hassim yang baru sahaja tamat shif tugasannya telah mengeluarkan pistol jenis Walther P99 dan melepaskan lebih lima das tembakan pada jarak dekat ke arah isterinya.