Neelofa enggan komen Nabila, Engku Emran nak bercerai
Neelofa enggan komen Nabila, Engku Emran nak bercerai
KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Neelofa enggan mengulas dakwaan kakaknya, Noor Nabila dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin bercerai.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata dia menghormati privasi Noor Nabila dan tidak mahu memberikan komen yang boleh memburukkan keadaan.
"Saya tak nak komen apa-apa. Lebih baik, saya mendoakan yang terbaik sahaja.
"Sebagai adik-beradik, sudah tentu saya tidak mahu mengeruhkan keadaan," katanya kepada BH Online.
Neelofa menjawab pertanyaan media mengenai kegoyahan rumah tangga kakaknya pada majlis pelancaran koleksi Warisan di Butik Naelofar di KL East Mall, pagi tadi.
Terdahulu, media melaporkan rumah tangga Noor Nabila dengan Engku Emran didakwa retak menanti belah.
Sumber rapat kepada pasangan itu mendakwa, Noor Nabila dan Engku Emran dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan dalam proses perceraian selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Erra Fazira dan memiliki cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.
Kemudiannya, Engku Emran berkahwin dengan aktres Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya lelaki, Jebat Jayden.
Posting Komentar untuk "Neelofa enggan komen Nabila, Engku Emran nak bercerai"