Zaman fikir 'perempuan' itu rendah,pekin

Pekin mengakui, zaman memikirkan soal perempuan sudah berakhir, apatah lagi, sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata.
Pekin mengakui, zaman memikirkan soal perempuan sudah berakhir, apatah lagi, sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata.

KUALA LUMPUR: Kemelut rumah tangga membabitkan orang ketiga atau 'penyondol' membabitkan golongan selebriti menjadi isu yang hangat diperkatakan.

Dicuit isu membabitkan 'penyondol', aktor Pekin Ibrahim, 41, mengakui zaman memikirkan soal perempuan sudah berakhir.

Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Izhan Ibrahim, kini lebih fokus pada kebahagiaan keluarganya, apatah lagi, sudah bergelar bapa kepada Petra Pekin.

"Saya sudah bosan berseronok. Saya berkahwin pada usia lambat iaitu 38 tahun, jadi maknanya kini, saya sudah cuci tangan. Saya tiada perasaan ke arah itu.

"Bila sudah berkahwin, kepentingan juga sudah berbeza. Bezanya, saya kena bahagi masa bersama isteri dan anak.

"Jika dahulu balik lewat, sekarang saya balik lebih awal. Jika terpaksa, saya baliklah lewat.

"Tetapi, sekarang hati sentiasa rasa nak balik awal sebab ada anak. Sebelum berkahwin memang jarang nak balik rumah. Di mana saya berhenti, di situlah saya tidur ketika zaman buat filem.

"Kadang-kadang duduk rumah Nam Ron sebulan, rumah Khir Rahman pun sebulan. Malah, sebelum kahwin, saya pernah duduk gudang Soffi Jikan selama berbulan-bulan. Sekarang sudah kahwin, sudah lain," katanya kepada BH Online.

Pekin sanggup berhabis dan berkorban demi anak kerana keperluan Petra melebihi segala-galanya.
Pekin sanggup berhabis dan berkorban demi anak kerana keperluan Petra melebihi segala-galanya.

Kata Pekin, dia juga sanggup berhabis dan berkorban demi anak kerana keperluan Petra melebihi segala-galanya.

"Saya sanggup buat apa sahaja untuk Petra. Kalau nak tambah tiga pembantu rumah, saya tambah tiga. Sekarang ada satu, satu lagi sudah balik kampung.

"Sebab saya mahu memberikan terbaik untuk Petra kerana saya ada anak seorang sahaja," katanya yang sibuk sebagai Pengurus Pemasaran Litte Joe Malaysia.

Terdahulu, Pekin mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Mona Allen pada 7 Disember 2018. Selepas empat tahun berusaha, mereka dikurniakan cahaya mata, Petra Pekin pada 31 Ogos lalu.