Sharifah Sakinah Bercerai – “I Found My Peace”
Sharifah Sakinah Lebih Tenang Selepas Bercerai – “I Found My Peace”
“Alhamdulilah I found my peace,” kata pelakon Sharifah Sakinah kepada Astro Gempak apabila ditanya kehidupan terkininya selepas kembali solo.
Kata Sakinah kepada Gempak, dia kini lebih tenang selepas berpisah dengan suaminya, Michael Hansen, 42, penghujung akhir tahun lalu.
“Saya jumpa ketenangan saya. Saya tahu ramai yang risaukan saya tapi terutama ketika saya botakkan kepala.
“Saya ok dan baik-baik saja kerana saya percaya pada diri say. Saya begini pun masih ada rezeki untuk saya teruskan hidup.
“Kini saya tenang…’full of content’…penuh dengan rasa sayang dan lebih menyayangi anak saya i botak ke camana i still ada rezeki saya percaya pada diri saya.
“Namun ridak lah saya kata saya sentiasa positif kerana kadang-kadang perkara negative itu yang membuatkan diri kita kuat,” katanya.
Ibu kepada Anais Adha berusia lima tahun itu ditemui Gempak ketika Majlis Rantaian Kasih Aidilfitri Habib di Hotel Grand Hyatt di Kuala Lumpur pada Rabu.
Pun begitu, Sakinah memberitahu perpisahannya dengan Michael Hansen berlaku dengan sangat baik dan rasional.
“Saya dengan dia (Michael) habis macam tu jelah. Tak boleh teruskan sebab masing-masing dah ada komitmen dengan anak-anak.
“Dia tak boleh pindah sini (Malaysia) dan saya pun sudah cuba untuk ikut dia berpindah ke sana tapi saya tak boleh kerana ada anxiety.
“Saya tak boleh tinggalkan anak saya. Saya anxiety sebab bila apa-apa jadi pada anak saya contoh waktu 3 atau 4 pagi, macam mana saya nak pulang dengan segera.
“Jadi saya dah korbankan anak saya tapi nampaknya tak berjaya kerana saya perlukan anak saya bersama,” ceritanya.
Sakinah dan Michael mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri sekitar Februari 2022 selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020.
Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020.
Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.
Posting Komentar untuk "Sharifah Sakinah Bercerai – “I Found My Peace”"