Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Ustaz Azhar Idrus masuk hospital

Ustaz Azhar Idrus masuk hospital

EXCO Terengganu Wan Sukairi melawat penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus di hospital untuk rawatan dipercayai kerana masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung.  - Foto FB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dilaporkan dimasukkan ke hospital untuk rawatan dipercayai kerana masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung.

Beberapa tokoh agama dan pemimpin politik mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan dengan masalah kesihatan dihadapi Azhar termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

"Semoga Allah SWT terus merahmati dan mempermudahkan segala urusan buat Murrabi Ummah yang disayangi ini.

"Insya-Allah, sama-sama kita berdoa agar Allah SWT mengangkat penyakit yang dilalui oleh al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus ini. Sesungguhnya, hanya kepada Allah SWT jua tempat kita memohon," katanya dalam hantaran Facebook.

Ustaz Azhar Idrus dilaporkan dimasukkan ke hospital untuk rawatan dipercayai kerana masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung. - Foto FB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Ustaz Azhar Idrus dilaporkan dimasukkan ke hospital untuk rawatan dipercayai kerana masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung. - Foto FB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

EXCO Terengganu Wan Sukairi melawat dan menyampaikan sumbangan kepada penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang dirawat di sebuah hospital di Kuala Terengganu.  - Foto FB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
EXCO Terengganu Wan Sukairi melawat dan menyampaikan sumbangan kepada penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang dirawat di sebuah hospital di Kuala Terengganu. - Foto FB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat menerusi satu hantaran Facebook turut mendoakan kesihatan Azhar.

"Semoga kembali sihat seperti sedia kala buat Murabbi Ummah, Ustaz Azhar Idrus," tulis beliau.

Menurut hantaran di Facebook Ustaz Azhar Idrus, kuliah Maghrib yang sepatutnya berlangsung Masjid Kampung Bukit Tadok, Kuala Telemung, Terengganu semalam terpaksa ditangguhkan pada waktu lain.

"Ditangguhkan atas sebab kesihatan, doakan Kesembuhan buat Murabbi Ustaz Azhar Idrus," kata hantaran Facebook Ustaz Azhar Idrus.

Syaikh Muhammad Nuruddin al Banjari turut melawat dan mendoakan kesihatan Ustaz Azhar Idrus di hospital. - Foto FB
Syaikh Muhammad Nuruddin al Banjari turut melawat dan mendoakan kesihatan Ustaz Azhar Idrus di hospital. - Foto FB

Pendakwah Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar turut mendoakan Azhar diberi kesembuhan dan 'Afiah .

"Angkatlah dari hambaMu Ust Azhar Idrus akan sakitnya. Berilah kesembuhan padanya sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yg Maha Menyembuhkan, dan berilah 'Afiah padanya sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yg Maha memberi 'Afiah," katanya dalam hantaran di Facebook.

Posting Komentar untuk "Ustaz Azhar Idrus masuk hospital"